Program CSR - Pemimpin Bersama Rakyat
 
 
25hb Nov 2010 - Pasir Raja

Pada 25hb November 2010. KPKKT telah menganjurkan satu program CSR - Pemimpin Bersama Rakyat bertempat di Dataran Kejab, Pasir Raja, Dungun. Majlis telah di rasmikan oleh Menteri Besar Terengganu Dato' Seri Ahmad bin Said.

Turut menyerikan majlis ini dengan kehadiran Pengerusi Kumpulan Golden Pharos Berhad - Dato' Zubir bin Embong, Pengerusi KPKKT - Tuan Haji Azmi bin Hj. A Rahman, Ahli Dewan Negara - Senator Hjh. Zainun binti A. Bakar. Ketua Umno Bhg. Dungun - Datuk Rosli bin Mat Hassan, Pengurus Besar Ketengah - Hj Hamzah bin Ngah, Pegawai Daerah Dungun - En. Mustoffa bin Abd. Rahman, Pegawai Ekskutif GPB - Mr Wong Shew Yong.

Aktiviti dan Bantuan yang di sampaikan seperti :

a) Paip Poly untuk kegunaan penduduk kampung Pasir Raja yang mana melibatkan persekitaran Komplek Perkayuan Dungun.

b) Gotong Royong bersama penduduk Pasir Raja membersih persekitaran Kampung Pasir Raja.

c) Bantuan Tahunan Pentadbiran kepada Lapan kampung yang menerima bantuan termasuklah Kampung Pasir Raja, Kampung Shukor, Jongok Batu, Kuala Jengai, Rantau Panjang, Minda, Talong dan Kampung Tepus.