Hikmah disebalik pensijilan adalah untuk menggunakan kuasa pembeli bagi menyelamatkan hutan daripada kemusnahan. Satu kajian di Eropah menunjukkan bahawa pengguna sanggup membelanjakan lebih 10% bagi certified product of timber.
Faedah Ekonomi
i. Kelebihan Persaingan
ii. Memudahkan laluan ke pasaran baru
iii.Membangun dan meningkatkan imej syarikat dan kepuasan pekerja
Faedah Alam Sekitar
i. Menyumbang kepada pemeliharaan pelbagai hayat dan nilainya: air, tanah, ekosistem dan lanskap
ii. Menjaga fungsi ekologi dan kestabilan hutan
iii. Melindungi ancaman dan kepupusan sepsis serta habitatnya
Faedah Kemasyarakatan
i. Hargai hak-hak pekerja, peribumi dan penduduk setempat dengan penglibatan pihak tersebut dalam pembangunan piawaian pengurusan hutan; ii. Menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan ditempat kerja dengan pengenalan dan pematuhan tahap keselamatan
iii. Pensijilan bukanlah “peluru” untuk menimbulkan isu-isu pemuliharaan dan masalah lain melainkan sebagai alat penyelesaian masalah perhutanan semasa seperti:
Terdapat dua skim pensijilan di Malaysia
i. Forest Stewardship Council (FSC)
ii. Malaysia Timber Certification Council (MTCC).
Bermula pada tahun 1997 dengan penubuhan National Timber Certification Council (NTCC) dan kemudian ditukar namanya kepada Malaysian Timber Certification Council (MTCC) pada 1999.
Bermatlamat untuk membangunkan satu sistem pensijilan perkayuan di Malaysia. Sistem ini mula beroperasi pada tahun 2001 dengan menggunapakai Prinsip FSC.
MC&I dan Pensijilan Chain-of-Custody (COC) mula dibentuk pada tahun 2000. MTCC melancarkan MC&I (2002) dan digunapakai pada tahun 2006.
1. Pensijilan Hutan
Adalah satu proses yang bertujuan untuk mengeluarkan sijil oleh satu badan bebas, yang mengesahkan bahawa satu kawasan hutan itu diurus mengikut piawaian yang ditetapkan.
2. Chain of Custody
Suatu rantaian penawaran bersiri bagi setiap tahap pengendalian dan pemprosesan yang bermula daripada hutan sehingga kepada produk akhir. Ianya merujuk kepada pertukaran pemilik dan kawalan bahan mentah serta penghasilan produk daripada seorang pemilik kepada yang lain sepanjang rantaian penawaran.
Terma digunakan dalam pensijilan
Pensijilan
Satu proses secara sukarela dimana perancangan, prosedur, sistem dan pencapaian operasi hutan di lapangan dinilai oleh pihak ketiga yang bebas dan berkelayakan dengan menggunakan standard yang ditentukan.
Chain-of-Custody
Satu sistem menjejaki satu produk kayu daripada sumber yang sahih pensijilan melalui pemprosesan dan saluran pemasaran kepada pengguna akhir; boleh juga dinilai oleh pihak ketiga
Melabel
Apabila chain-of-custody bagi suatu produk disahkan oleh pihak ketiga produk tersebut akan membawa petunjuk bahawa ianya datang daripada hutan yang terurus mengikut standard yang diiktiraf (Optional).
PROSES-PROSES DALAM PENSIJILAN
PENYEDIAAN MUSTAHAK DALAM PROSES PENSIJILAN
Forest Management Plan ( FMP )
Rancangan Pengurusan Hutan yang mustahak dibuat bagi menentukan rancangan masa hadapan pengusahasilan hutan bagi tempoh masa kawasan diperjanjikan.
Rancangan ini merangkumi penerangan kepada kerja pengusahasilan, pembangunan hutan dan inventori hutan sebelum & selepas tebangan.
Deraf EIA
Satu naskhah deraf yang menggariskan panduan serta bentuk kawalan,sistem teknik dan prosedur yang akan diamalkan terhadap isu pencemaran hutan, hidupan liar, kerosakan hutan, kesan dan hakisan akibat pembinaan jalan dan penggunaan jentera dan teknik pembalakan yang mematuhi prinsip “ Reduce Impact Logging” (RIL) dan “Low Impact Logging“( LIL)
Petak Sampling Kekal ( Permanent Sample Plot )
Penubuhan plot yang mustahak dibuat untuk mengkaji “ growth rate and yields“ irian tinggal selepas tebangan
Sumbangan Kepada Masyarakat
Peranan syarikat dalam sumbangannya kepada masyarakat yang tinggal dipersekitaran kawasan perjanjian. Sumbangan dari segi kesejahteraan masyarakat, peluang pekerjaan, meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan lain-lain lagi bentuk sumbangan positif yang dapat dinikmati oleh masyarakat setempat
Penjagaan Bio-diversity ( High Conversation Value Forest )
Penjagaan bio-diversity bermakna hutan yang mempunyai perkara-perkara berikut:-
i. Kelompok flora dan fauna yang terancam,hampir pupus dan unik serta jarang ditemui
ii. Kelompok hidupan liar yang banyak terdapat didalamnya
iii. Hutan yang mempunyai ekosistem yang terancam
iv. Hutan perlindungan atau hutan yang dapat mengawal hakisan
v. Hutan yang memberi manafaat kepada masyarakat
vi. Hutan yang menjadi sebagai hutan warisan sesuatu komuniti kerana sebab budaya, keagamaan, tempat asal mereka
Kumpulan Pengurusan Kayu Kayan Trengganu Sdn Bhd (56141-K)
Jalan Kalsium Bandar Bukit Besi
23200 Dungun
Terengganu Darul Iman
Tel: +609 833 7245
Fax: +609 833 7023
: | info@kpkkt.com.my | |
Senior General Manager | : | suhairi@kpkkt.com.my |
![]() | You are visitor No: | 294 |