FAQ
 
 

  1. Apakah faedah-faedah memperolehi sijil?
    Hikmah disebalik pensijilan adalah untuk menggunakan kuasa pembeli bagi menyelamatkan hutan daripada kemusnahan. Satu kajian di Eropah menunjukkan bahawa pengguna sanggup membelanjakan lebih 10% bagi certified product of timber.

    Faedah Ekonomi
    i. Kelebihan Persaingan
    ii. Memudahkan laluan ke pasaran baru
    iii.Membangun dan meningkatkan imej syarikat dan kepuasan pekerja  

    Faedah Alam Sekitar
    i. Menyumbang kepada pemeliharaan pelbagai hayat dan nilainya: air, tanah, ekosistem dan lanskap
    ii. Menjaga fungsi ekologi dan kestabilan hutan
    iii. Melindungi ancaman dan kepupusan sepsis serta habitatnya

    Faedah Kemasyarakatan


    i. Hargai hak-hak pekerja, peribumi dan penduduk setempat dengan penglibatan pihak tersebut dalam pembangunan piawaian pengurusan hutan; ii. Menyumbang kepada penurunan kadar kemalangan ditempat kerja dengan pengenalan dan pematuhan tahap keselamatan

    iii. Pensijilan bukanlah “peluru” untuk menimbulkan isu-isu pemuliharaan dan masalah lain melainkan sebagai alat penyelesaian masalah perhutanan semasa seperti:

    Memperkenalkan pengurusan hutan berkekalan
    Pembangunan industri yang lebih luas
    Pengawasan pihak ketiga- pakar perunding bebas
    Pemudah cara konflik dengan masyarakat
    Perhubungan awam-sokongan daripada NGO, WWF dll.
    Pengaruhi syarikat lain untuk mengikut langkah ini.

  2. Apakah jenis-jenis sijil perhutanan yang ditawarkan?
    Terdapat dua skim pensijilan di Malaysia
    i. Forest Stewardship Council (FSC)
    ii. Malaysia Timber Certification Council (MTCC).

    Bermula pada tahun 1997 dengan penubuhan National Timber Certification Council (NTCC) dan kemudian ditukar namanya kepada Malaysian Timber Certification Council (MTCC) pada 1999.

    Bermatlamat untuk membangunkan satu sistem pensijilan perkayuan di Malaysia. Sistem ini mula beroperasi pada tahun 2001 dengan menggunapakai Prinsip FSC.

    MC&I dan Pensijilan Chain-of-Custody (COC) mula dibentuk pada tahun 2000. MTCC melancarkan MC&I (2002) dan digunapakai pada tahun 2006.

  3. Apakah sijil-sijil perhutanan lain yang berkaitan?

    1. Pensijilan Hutan
    Adalah satu proses yang bertujuan untuk mengeluarkan sijil oleh satu badan bebas, yang mengesahkan bahawa satu kawasan hutan itu diurus mengikut piawaian yang ditetapkan.

    2. Chain of Custody
    Suatu rantaian penawaran bersiri bagi setiap tahap pengendalian dan pemprosesan yang bermula daripada hutan sehingga kepada produk akhir. Ianya merujuk kepada pertukaran pemilik dan kawalan bahan mentah serta penghasilan produk daripada seorang pemilik kepada yang lain sepanjang rantaian penawaran

  4. Bagaimanakan sijil perhutanan dilakukan di Malaysia?

    Terma digunakan dalam pensijilan

    Pensijilan

    Satu proses secara sukarela dimana perancangan, prosedur, sistem dan pencapaian operasi hutan di lapangan dinilai oleh pihak  ketiga yang bebas dan berkelayakan dengan menggunakan standard yang ditentukan.    

    Chain-of-Custody
    Satu sistem menjejaki satu produk kayu daripada sumber yang sahih pensijilan melalui pemprosesan dan saluran pemasaran kepada pengguna akhir; boleh juga dinilai oleh pihak ketiga

    Melabel
    Apabila chain-of-custody bagi suatu produk disahkan oleh pihak ketiga produk tersebut akan membawa petunjuk bahawa ianya datang daripada hutan yang terurus mengikut standard yang diiktiraf (Optional).

  5. Apakah yang dimaksudkan dengan proses pensijilan?

    PROSES-PROSES DALAM  PENSIJILAN
    • Menilai dokumen pengurusan dan data teknikal
      Pertemuan dan menemuramah kakitangan syarikat
      Perundingan dengan NGO, agensi kerajaan dan komuniti
      Membuat audit dilapangan akan keadaan sebenar
      Memberi markah dan pencapaian dari pertemuan dan audit lapangan
      Pembentangan laporan penilaian dari audit yang dibuat
      Membuat laporan dalam bentuk deraf
      Penilaian pihak ketiga ( peer review )
      Respon kepada laporan pihak ketiga (peer review)
      Mengeluarkan laporan akhir dan sijil
      Mengeluarkan garis panduan pengguna dan memberi kebenaran menggunakan logo FSC dan SCS
      Komunikasi berterusan dan bantuan pemasaran dari pejabat serantau dan ibu pejabat
      Kawalan kualiti dari FSC serta pengurusan menyeluruh mengawal selia sijil yang dikeluarkan.


  6. Apakah persiapan yang paling penting semasa proses pensijilan?

    PENYEDIAAN MUSTAHAK DALAM PROSES PENSIJILAN
    Forest Management Plan ( FMP )
    Rancangan Pengurusan Hutan yang mustahak dibuat bagi menentukan rancangan masa hadapan pengusahasilan hutan bagi tempoh masa kawasan diperjanjikan.
    Rancangan ini merangkumi penerangan kepada kerja pengusahasilan, pembangunan hutan dan inventori hutan sebelum & selepas tebangan.

    Deraf EIA

    Satu naskhah deraf yang menggariskan panduan serta bentuk kawalan,sistem teknik dan prosedur  yang akan diamalkan terhadap isu pencemaran hutan, hidupan liar, kerosakan hutan, kesan dan hakisan akibat pembinaan jalan dan penggunaan jentera dan teknik pembalakan yang mematuhi prinsip “ Reduce Impact Logging” (RIL) dan “Low Impact Logging“( LIL)

    Petak Sampling Kekal ( Permanent Sample Plot )

    Penubuhan plot yang mustahak dibuat untuk mengkaji “ growth rate and yields“ irian tinggal selepas tebangan

    Sumbangan Kepada Masyarakat
    Peranan syarikat dalam sumbangannya kepada masyarakat yang tinggal dipersekitaran kawasan perjanjian. Sumbangan dari segi kesejahteraan masyarakat, peluang pekerjaan, meningkatkan tahap sosio-ekonomi dan lain-lain lagi bentuk sumbangan positif yang dapat dinikmati oleh masyarakat setempat

    Penjagaan Bio-diversity ( High Conversation Value Forest )
    Penjagaan bio-diversity bermakna hutan yang mempunyai perkara-perkara berikut:-
    i. Kelompok flora dan fauna yang terancam,hampir pupus dan unik serta jarang ditemui
    ii. Kelompok hidupan liar yang banyak terdapat didalamnya
    iii.Hutan yang mempunyai ekosistem yang terancam
    iv. Hutan perlindungan atau hutan yang dapat mengawal hakisan
    v. Hutan yang memberi manafaat kepada masyarakat
    vi. Hutan yang menjadi sebagai hutan warisan sesuatu komuniti kerana sebab budaya, keagamaan, tempat asal mereka