HR Management
 
 

Health & Safety

STANDARD OPERATING PROCEDURES

Berikut adalah beberapa langkah keselamatan dan prosedur am bagi Hutan FSC untuk proses-proses:
(1) Persediaan Awal Sebelum Operasi Menebang dan Memotong Balak
(2) Kerja-kerja Membalak dan Memotong
(3) Pemindahan Balak dari Hutan ke Log Yard
(4) Keselamatan di Log Yard
(5) Pemindahan Balak dari Log Yard ke Kilang
These are safety briefing and standard operating procedures (SOP) for FSC-certified Forests.


PERSEDIAAN AWAL SEBELUM OPERASI MENEBANG DAN MEMOTONG BALAK
(INITIAL PREPARATION BEFORE FELLING OF TREES AND BUCKING OF TIMBERS)


PERANCANGAN

1. Pihak Kontraktor hendaklah menyediakan senarai jadual kerja yang melibatkan penebangan dan pemotongan balak kepada Pengurus Perhutanan selewat-lewatnya dua minggu sebelum memulakan kerja.

2. Sebelum memasuki kawasan hutan, pastikan kenderaan yang digunakan berada dalam keadaan yang sempurna. Pastikan lampu depan, lampu brek, lampu isyarat, brek dan lain-lain berfungsi dengan baik. Di samping itu, cukai jalan kenderaan tersebut mestilah sah.

3. Senarai nama pemandu-pemandu termasuk pemandu gantian berserta nombor siri lesen memandu hendaklah disediakan dan dikemukakan kepada Pengurus Perhutanan atau Penolong Pengurus untuk rekod.

Top


KERJA-KERJA MEMBALAK DAN MEMOTONG
(LOGGING AND TREE CUTTING WORKS)


TANGGUNGJAWAB PENYELIA
Penyelia hendaklah memastikan taklimat ringkas keselamatan berkaitan dengan kerja yang akan dijalankan diberi kepada pekerja-pekerja sebelum memulakan kerja-kerja membalak.

MENGANGKUT CHAIN SAW
1. Alat-alat yang berat seperti chain saw untuk kegunaan memotong adalah dilarang diangkut dengan motorsikal. Pihak Kontraktor hendaklah membawa dengan kenderaan pacuan empat roda atau lori kecil.

TIPS KESELAMATAN DI KAWASAN PEMBALAKAN/PEMOTONGAN

1. Tanda amaran ‘DILARANG MASUK’ hendaklah dipasang pada laluan utama ke kawasan pembalakan/pemotongan. Kontraktor pembalakan/pemotongan adalah bertanggungjawab menguatkuasakan arahan ini bagi mengelakkan kemalangan kepada orang yang tidak berkenaan berlaku di kawasan ini.

2. Pemandu-pemandu kenderaan hendaklah memiliki lesen memandu yang sah. Pemandu perlu lebih berhati-hati memandu ketika jalan licin selepas hujan.

3. Pekerja hendaklah dibekalkan dengan alat keselamatan seperti topi, kasut keselamatan, cermin mata keselamatan dan ear plug. Pekerja juga diingatkan supaya memakai baju/seluar panjang berserta dengan alat pelindung diri yang bersesuaian dengan kerja yang lasak.

4. Kontraktor adalah bertanggungjawab untuk menguatkuasakan arahan berhubung pemakaian keselamatan di kalangan pekerjanya. Pekerja yang tidak memakai peralatan yang sesuai semasa bekerja hendaklah diarahkan berhenti kerja sehingga arahan itu dipatuhi sepenuhnya. Ingat peribahasa “beringat sebelum kena” dan “jangan terhantuk baru tengadah” hendaklah sentiasa menjadi panduan semua.

5. Kemalangan boleh dicegah jika kita sentiasa beringat dan mengambil langkah pencegahan sewajarnya.

INFRASTRUKTUR DAN PERALATAN
1. Papan tanda keselamatan dan papan tanda had laju yang bersesuaian hendaklah dipasang di tempat-tempat strategik pada jalan-jalan sementara yang dibina oleh Kontraktor sebagai peringatan kepada pemandu-pemandu. Pastikan semua pengguna mematuhi arahan tersebut.

2. Pekerja hendaklah dibekalkan dengan alat keselamatan seperti topi dan kasut. Pekerja juga diingatkan supaya memakai baju/seluar panjang serta kasut yang bersesuaian dengan kerja yang lasak.

3. Pemandu-pemandu kenderaan adalah dilarang menghisap rokok semasa memandu ketika musim panas yang terik bagi mengelakkan kejadian pembakaran terbuka yang tidak disengajakan akibat puntung rokok yang dibuang merata-rata.

4. Pemandu-pemandu kenderaan diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika memandu di jalan hutan selepas hujan kerana keadaan jalan yang agak licin.

5. Kemalangan boleh dicegah jika kita sentiasa beringat dan mengambil langkah pencegahan sewajarnya.

Top


PEMINDAHAN BALAK DARI HUTAN KE LOG YARD
(TRANSPORTING TIMBERS FROM THE FOREST (I.E. FELLING SITE) TO THE LOG YARD)


1. Pihak Kontraktor hendaklah menyediakan senarai semak atau checklist yang lengkap bagi memeriksa keadaan kenderaan yang digunakan sebelum memulakan operasi penghantaran harian seperti brek, air, tayar, lampu dan sebagainya.

2. Pemandu-pemandu kenderaan yang dipilih oleh Kontraktor hendaklah mempunyai lesen memandu yang sah. Beliau hendaklah dibekalkan dengan keselamatan seperti topi dan kasut ketika memandu.

3. Pemandu dan penumpang dilarang menghisap rokok dikhuatiri berlakunya pembakaran terbuka akibat pembuangan puntung rokok.

4. Pemandu kenderaan diingatkan supaya lebih berhati-hati ketika/selepas hujan kerana keadaan jalan yang agak licin.

5. Pemandu yang membawa balak hendaklah memandu tidak melebihi 15 km/jam dan memastikan kenderaan tidak melebihi muatan yang ditentukan bagi mengurangkan hakisan tanah.

6. Penahan besi yang kukuh hendaklah digunakan untuk menahan balak semasa mengangkut dengan lori atau trektor-trailer supaya mengelakkan dari terjatuh ke tanah.

7. Pekerja-pekerja adalah dilarang berdiri di draw bar pada trektor trailer semasa ianya bergerak bagi mengelakkan kemalangan maut.

8. Percayalah kemalangan boleh dicegah jika kita mengambil langkah pencegahan yang sewajarnya.

Top


KESELAMATAN DI LOG YARD
(SAFETY PRECAUTIONS AT LOG YARD)


KEMUDAHAN ASAS BAGI KESELAMATAN DAN KEBAJIKAN
1. Pihak kontraktor hendaklah menyediakan dan menyenggarakan kemudahan asas seperti tandas, peti kecemasan, alat pemadam api, tong sampah dan bekalan air yang mencukupi.

2. Tong sampah yang berasingan hendaklah disediakan dan disenggarakan bagi mengumpul scheduled waste dan sampah-sampah yang boleh dilupuskan dengan cara ditanam dalam tanah. Scheduled waste seperti minyak hitam terpakai dan penapisan minyak hendaklah dihantar ke tempat pelupusan yang sah.

KEKEMASAN TEMPAT KERJA
1. Semua pekerja mesti memberi penekanan yang penting terhadap kekemasan di tempat kerja sebagaimana juga kita menjaga kebersihan di rumah. Setiap orang adalah bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan kekemasan di tempat kerja masing-masing. Elakkan daripada meletakkan barang-barang atau peralatan kerja di merata tempat.

2. Pastikan balak-balak disusun secara teratur ditempat yang dikhaskan. Susunan balak tidak terlalu tinggi dan stabil bagi mengurangkan jatuh ke bawah.

3. Semua sampah dan peralatan yang rosak hendaklah dibuang ke dalam tong sampah. Sampah selain scheduled waste bolehlah dilupuskan dengan menanamnya di tempat yang sesuai dan selamat.

4. Setelah selesai kerja, simpan kembali pakaian kerja dan peralatan kerja ke dalam almari yang disediakan. Jangan tinggalkan barangan itu bertaburan di merata-rata tempat.

5. Pembakaran terbuka adalah dilarang sama sekali.

KERJA-KERJA MEMBAIKI KENDERAAN/ PERALATAN
1. Kawasan-kawasan khas bagi kerja membaiki kenderaan/peralatan hendaklah disediakan berdekatan dengan log yard. Tanda amaran ‘AWAS – KENDERAAN SEDANG DISELENGGARA’ hendaklah dipasang di tempat di mana kenderaan sedang dibaiki.

2. Pekerja-pekerja hendaklah menggunakan teknik yang betul untuk mengangkat bagi mengelakkan kecederaan tulang belakang. Semasa mengangkat objek yang berat, kaki perlu dilipat sambil merapatkan objek ke dada. Seterusnya objek tersebut diangkat tanpa membongkokkan badan. Bagi objek yang melebihi 20 kg maka memerlukan 2 pekerja dan menggunakan teknik mengangkat dengan betul.

3. Semua kerja-kerja kimpalan hendaklah dilakukan oleh jurukimpal terlatih. Beliau hendaklah menggunakan alat pelindung diri yang disyorkan seperti sarung tangan kulit, kasut keselamatan, topi keselamatan dan welding shield.

4. Langkah-langkah keselamatan yang sewajarnya hendaklah diambil bagi mengurangkan risiko pendedahan cahaya kimpalan kepada pekerja lain yang berdekatan serta bahaya kebakaran. Pastikan alat pemadam api ada tersedia semasa kerja-kerja kimpalan sedang dilakukan.

5. Jangan sesekali membuang minyak terpakai merata tempat kerana akan mencemarkan alam sekitar. Minyak terpakai mestilah disimpan dalam tong yang bertanda “SCHEDULED WASTEUSED OIL”.

6. Pekerja hendaklah memakai alat pelindung diri yang bersesuaian seperti kasut keselamatan, sarung tangan dan topi keselamatan semasa menjalankan kerja-kerja pembiakan.

7. Pekerja-pekerja hendaklah mencuci tangan dan muka semasa berhenti rehat. Mencuci tangan dengan menggunakan diesel adalah dilarang sama sekali kerana boleh menyebabkan penyakit barah.

Top


PEMINDAHAN BALAK DARI LOG YARD KE KILANG
(TRANSPORTING LOGS FROM LOG YARD TO THE SAWMILL)


1. Pihak kontraktor hendaklah menyediakan senarai semak atau checklist yang lengkap bagi memeriksa kenderaan yang digunakan sebelum memulakan operasi penghantaran harian seperti brek, air, tayar, lampu dan sebagainya.

2. Pemandu-pemandu kenderaan yang dipilih oleh pihak kontraktor hendaklah memiliki lesen yang sah. Beliau hendaklah dibekalkan dengan alat kelengkapan seperti topi keselamatan dan kasut keselamatan ketika memandu.

3. Semasa pemunggahan balak ke atas lori/trailer dijalankan, pastikan tiada pekerja yang berdekatan dengan balak yang diangkat.

4. Penahan besi yang kukuh hendaklah digunakan untuk menahan balak dari jatuh ke jalanraya.

5. Sekurang-kurangnya 2 utas tali yang kukuh digunakan untuk mengikat balak bagi menentukan keadaan balak yang stabil dan kukuh.

6. Pemandu kenderaan balak hendaklah memandu tidak melebihi 15 km/jam semasa bergerak di sepanjang jalan balak dan pastikan kenderaan tidak melebihi muatan yang ditentukan. Ini bagi mengurangkan tekanan ke atas struktur jalan sehingga boleh merosakkannya dan menyebabkan hakisan tanah dan tebing runtuh.

Top